Thursday, 1 December 2011

Persembahan selingan


SharpShooter

Juri volume 3


Syahrul Fitri Musa (Juri Tetap)



Wani Ardy

Merupakan pensyarah penulisan di UITM Shah Alam. Wani juga seorang pemuzik dan aktif melakukan kegiatan seni di seluruh tanahair. 


Pekin Ibrahim

Merupakan pelakon drama dan filem tempatan. Turut bergiat dalam pementasan teater.

Wednesday, 23 November 2011

VOLUME III : Kemuncak segala-galanya!


Hadiah yang dinanti-nantikan

Hadiah wang tunai serta hadiah sampingan untuk para pemenang :

Bil.
Hadiah
Wang Tunai

1.
Tempat pertama
RM1,000.00
2.
Tempat kedua
RM700.00
3.
Tempat ketiga
RM500.00
4.
Pelakon wanita terbaik
RM200.00
5.
Pelakon lelaki terbaik
RM200.00
6.
Pengarah terbaik
RM200.00
7.
Skrip terbaik
RM200.00


**Setiap pemenang akan turut membawa pulang hamper dan trofi.

Tuesday, 22 November 2011

Notis : Perjumpaan dengan Mentor

Seperti yang telah dilakukan pada Vol 2, para mentor akan datang ke tempat latihan untuk memberi tunjuk ajar dan melihat proses latihan setiap kumpulan untuk Vol 3 juga. Jadi setiap kumpulan diharap dapat memberi tarikh yang dirasakan sesuai untuk para mentor datang ke tempat anda bermula pada 25/11 sehingga 2/12. Kunjungan mentor adalah penting untuk meningkatkan mutu persembahan anda disamping memberi tips yang berguna menjelang kemuncak Vol 3.

Setakat ini hanya kumpulan Komplot Ceretek telah mengesahkan tarikh perjumpaan.

No giliran dan technical run Volume 3

Cabutan undian nombor giliran telah diadakan pada sessi perjumpaan pada 20/11 (ahad jam 5pm). Berikut adalah senarai kumpulan. Senarai ini disusun mengikut giliran persembahan nanti.
  1. Fame 
  2. Paperclip
  3. Bayang Prod
  4. Malaysia Perfoming Art Club (MPAC) 
  5. PKEB
  6. Komplot Ceretek
  7. Gerbang Pawana
  8. Kerawang Usang 
Juga seperti yang telah dipersetujui, pada jam 5-7pm  2 Disember 2011 (jumaat), sessi run-thru teknikal akan diadakan di DEWAN SERBAGUNA PODIUM A, KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN, PUTRAJAYA. Sessi ini diadakan agar setiap kumpulan dapat menguji teknikal seperti audio dan lighting dewan pertandingan untuk kelancaran persembahan kumpulan anda pada hari pertandingan. Sessi ini akan dikedalikan oleh Saudara Rayza Mukmin dan no giliran untuk run-thru adalah sama dengan no giliran hari pertandingan. Setiap kumpulan diminta menghantar wakil teknikal anda untuk run-thru ini dan diharap datang tepat pada masanya kerana masa yang diperuntukan untuk setiap kumpulan hanya 10 minit. 

Terima Kasih

Sunday, 20 November 2011

Berita Tergempar : Tarikh Volume 3

Salam, untuk semua kumpulan yang bertanding grand final dan volume 3 pertandingan teater 10 minit putrajaya telah di anjakkan pada tarikh 3 Dec 2011 (sabtu) jam 2-5 petang di tempat yang sama. Anjakkan tarikh ini adalah disebabkan masalah2 teknikal yang tak dpt dielakkan. Harap maklum.

Ada beberapa kumpulan yang gagal menghantar skrip kepada kami untuk disemak. Sila berbuat demikian kerana tarikh grand final akan tiba tidak lama lagi.

Hadiah-hadiah untuk pemenang akan diumumkan dalam minggu ini. Sila tunggu.