Thursday, 25 August 2011

Gambar sekitar briefing pertama








Terima kasih diatas komitmen dan masa serta tenaga anda yang telah hadir ke sesi pertemuan pertama Pertandingan teater 10minit Putrajaya 2011. Kehadiran anda sangat kami hargai.

Tuesday, 23 August 2011

Pertemuan pertama (briefing)

Pada 21/8/2011 telah diadakan perjumpaan pertama wakil kumpulan peserta dengan mentor yang telah dipilih menjadi pembimbing sepanjang pertandingan berlangsung.Berikut adalah senarai mentor yang telah dipilih dan kumpulan yang telah hadir pada hari tersebut.

Mentor : 
      1.       Fazleena Hishamuddin
      2.       Aloy Paradoks
      3.       Fasyali Fazdly

Kumpulan yang Hadir
1.       Pondok Wangi
2.       Gerbang Pawana
3.       Kerawang Usang
4.       Komplot Ceretek Production
5.       GK
6.       Aksent 1
7.       Aksent 2
8.       Aksent 3

Kumpulan yang tidak hadir
1.       Teater PKEB
2.       Malaysia Performing Art Club
3.       The A.S.C
4.        Pesona Seni

Antara perkara yang telah dibincangkan ialah :

  1.       Skrip
        2.       Teknikal (lighting dan audio)
        3.       Tarikh penghantaran draf pertama skrip
        4.       Tarikh perjumpaan untuk kali kedua
        5.       Tarikh pemeriksaan teknikal sebelum pertandingan

Antara perkara yang telah dipersetujui pada malam tersebut ialah tarikh penghantaran draf pertama skrip iaitu pada 27/8/2011.  Adalah penting bagi setiap kumpulan untuk menghantar draf pertama skrip kerana mentor akan menilai skrip tersebut sama ada bersesuaian dengan tema pertandingan Volume 1 iaitu Pencarian Diri dan juga bagi memastikan skrip tersebut tidak melebihi tempoh 10 minit. Selain itu mentor juga telah menjelaskan beberapa maklumat penting berkaitan pertandingan teater tersebut. Antaranya ialah tips untuk menulis skrip selama 10 minit, penerangan lebih lanjut tentang tema Pencarian Diri dan juga maklumat penting berkaitan perkara teknikal sepanjang pertandingan.

Pertemuan seterusnya akan diadakan selepas hari raya aidilfitri. Tarikh akan dikemukakan kemudian.

Semua skrip boleh dihantar serta pertanyaan boleh ke emel yang telah disediakan : teater10minitputrajaya@gmail.com

Friday, 19 August 2011

SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN TEATER 10 MINIT PUTRAJAYA 2011


1.JENIS

1.1 Pertandingan teater selama 10 MINIT.


2. TEMA

2.1 Tema yang telah ditetapkan untuk Volume 1 ialah Pencarian Diri.
2.2 Tema untuk Volume 2 dan Volume 3 akan diiberitahu kelak.

3. SKRIP

3.1 Skrip ciptaan sendiri.
3.2 Skrip mestilah mengikut tema yang telah ditetapkan.


4. STRUKTUR PERTANDINGAN

4.1 Peringkat Belia dan Remaja Putrajaya
4.2 Akan dibuat secara berkala iaitu pada September, Oktober dan November (Volume 1,Volume 2 dan Volume 3)
4.3 Setiap kumpulan WAJIB menyertai ketiga-tiga pertandingan.


5. PENYERTAAN

5.1 Setiap Persint perlulah menghantar wakil.
5.2 Ahli kumpulan yang dipilih perlulah BELIA (18-40 TAHUN) daripada Presint tersebut.Penyertaan daripada golongan REMAJA (15-25 TAHUN) juga digalakkan.
5.3 Setiap ahli kumpulan tidak lebih dari 15 orang  termasuk pelakon dan produksi teknikal
5.4 MENTOR akan disediakan bagi membimbing dan membantu persediaan setiap kumpulan.


6. TAKRIF PEMAIN/PELAKON

6.1 Seorang yang masuk ke dalam ruang lakon samada sebagai simbol,
pemain-pemain atau penjelmaan
6.2 Satu watak yang dipegang oleh dua orang pemain yang berlainan adalah
dikira sebagai dua pemain/pelakon.
6.3 Dua watak yang berlainan yang dipegang oleh seorang pemain/pelakon
adalah dikira satu pemain/pelakon.



7. MASA

7.1 Persembahan tidak melebihi 10 minit.
7.2 Masa yang ditentukan tidak termasuk masa persiapan dan
mengosongkan tempat atau pentas.
7.3 Masa untuk persiapan dihadkan selama 2 minit sahaja.
7.4 Masa untuk mengosongkan tempat/pentas dihadkan selama 2 minit
sahaja.


8. PEMARKAHAN

8.1 Drama terbaik

8.1.1 Persembahan

 a) Meyakinkan
b) Keselarian di antara pemain/pelakon, juruteknik dan pengurusan pentas
c) Membawa kepada kemuncak

8.1.2 Lakonan

a) Sesuai dengan watak
b) Suara
c) Gerak-geri
d) Penghayatan ( Menjiwai satu-satu watak )
e) Teknik penggunaan pentas
f) Kesesuaian pakaian dan solekan.

8.1.2 Teknik

a) Fungsi lampu
b) Fungsi set
c) Fungsi suara latar dan kesan bunyi

8.1.3 Sistem
               
                a) Markah bagi setiap kumpulan akan dikumpulkan dari siri pertama hingga siri ketiga (September,Oktober dan November)
                b) Kumpulan yang mempunyai markah terkumpul tertinggi akan dipilih sebagai pemenang.

9. PENGHAKIMAN/PENILAIAN

9.1 3 orang Penilai termasuk Ketua Hakim
9.2 Tiap-tiap seorang penilai akan menilai secara keseluruhan
9.3 Keputusan rasmi akan dibuat secara persidangan penilai-penilai.
9.4 Keputusan jemaah Penilai adalah muktamad.

10. HADIAH

10.1 Hadiah akan disediakan kepada kumpulan yang mempunyai markah terkumpul tertinggi dan akan diberi pada siri ketiga pertandingan iaitu pada bulan NOVEMBER (VOLUME 3)

10.2.1 Johan Drama
10.2.2 Naib Johan Drama
10.2.3 Tempat Ketiga Drama
10.2.4 Pengarah Terbaik
10.2.5 Pelakon Lelaki Terbaik
10.2.6 Pelakon Perempuan Terbaik


11. AM

11.1 Dilarang menggunakan alat senjata tajam dan merbahaya.
11.2 Sepanjang persembahan berlangsung penggunaan tirai adalah dilarang.
11.3 Dilarang menggunakan binatang semasa pementasan.
11.4 Dilarang menggunakan api yang merbahaya.
11.5 Pemain/pelakon dilarang menggunakan alat pembesar suara.
11.6 Alat pembesar suara hanya boleh digunakan untuk bantuan teknik.
11.7 Pemain/pelakon dilarang menghisap rokok atau paip.
11.8 Pakaian yang mendedahkan dan menjolok mata adalah dilarang.
11.9 Sebarang keperluan atau set-set adalah tanggungjawab pasukan sendiri.
11.10 Perbelanjaan harus ditanggung sendiri untuk segala kelengkapan dan persediaan ke pertandingan.
11.11 Pihak pengelola hanya menyediakan plug/soket untuk kegunaan bahagian teknik
11.12 Sebarang kekeliruan hendaklah dirujuk kepada Urusetia Pertandingan .

Wednesday, 17 August 2011

Promosi

Pada hari 30hb Julai yang lalu telah berlangsung promosi kepada pertandingan Teater 10 Minit Putrajaya. Promosi ini diadakan bagi memberi publisiti kepada belia Putrajaya tentang pertandingan ini selain memberi panduan tentang format dan syarat pertandingan. Berikut adalah foto sekitar acara berlangsung.







Saturday, 13 August 2011

Intro

Majlis Belia Putrajaya dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Putrajaya akan menganjurkan Pertandingan Teater 10 Minit Putrajaya 2011 pada bulan Setember, Oktober, November ini.

Blog ini akan melaporkan sebarang informasi terkini mengenai pertandingan teater tersebut bagi kemudahan peserta pertandingan teater ini khususnya dan peminat teater amnya.