Tuesday 23 August 2011

Pertemuan pertama (briefing)

Pada 21/8/2011 telah diadakan perjumpaan pertama wakil kumpulan peserta dengan mentor yang telah dipilih menjadi pembimbing sepanjang pertandingan berlangsung.Berikut adalah senarai mentor yang telah dipilih dan kumpulan yang telah hadir pada hari tersebut.

Mentor : 
      1.       Fazleena Hishamuddin
      2.       Aloy Paradoks
      3.       Fasyali Fazdly

Kumpulan yang Hadir
1.       Pondok Wangi
2.       Gerbang Pawana
3.       Kerawang Usang
4.       Komplot Ceretek Production
5.       GK
6.       Aksent 1
7.       Aksent 2
8.       Aksent 3

Kumpulan yang tidak hadir
1.       Teater PKEB
2.       Malaysia Performing Art Club
3.       The A.S.C
4.        Pesona Seni

Antara perkara yang telah dibincangkan ialah :

  1.       Skrip
        2.       Teknikal (lighting dan audio)
        3.       Tarikh penghantaran draf pertama skrip
        4.       Tarikh perjumpaan untuk kali kedua
        5.       Tarikh pemeriksaan teknikal sebelum pertandingan

Antara perkara yang telah dipersetujui pada malam tersebut ialah tarikh penghantaran draf pertama skrip iaitu pada 27/8/2011.  Adalah penting bagi setiap kumpulan untuk menghantar draf pertama skrip kerana mentor akan menilai skrip tersebut sama ada bersesuaian dengan tema pertandingan Volume 1 iaitu Pencarian Diri dan juga bagi memastikan skrip tersebut tidak melebihi tempoh 10 minit. Selain itu mentor juga telah menjelaskan beberapa maklumat penting berkaitan pertandingan teater tersebut. Antaranya ialah tips untuk menulis skrip selama 10 minit, penerangan lebih lanjut tentang tema Pencarian Diri dan juga maklumat penting berkaitan perkara teknikal sepanjang pertandingan.

Pertemuan seterusnya akan diadakan selepas hari raya aidilfitri. Tarikh akan dikemukakan kemudian.

Semua skrip boleh dihantar serta pertanyaan boleh ke emel yang telah disediakan : teater10minitputrajaya@gmail.com

1 comment:

  1. Assalam..

    Saya mewakili The A.S.C memohon maaf kerana kami tidak dapat menghadirkan diri pada perjumpaan pertama tempoh hari atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.

    Kami akan cuba untuk menghadirkan diri ke perjumpaan ke-2 dan berharap tarikh untuk perjumpaan ke-2 tiu daat diketahui lebih awal untuk mengelakkan sebarang kesulitan.

    Kami juga berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat memaklumkan kepada kami siapakah mentor kami dan bagaimana untuk menghubunginya untuk kami membuat rujukan, terutamanya dari segi script.

    The A.S.C boleh dihubungi melalui no 012- 204 3034 (Azrul) dan 019-282 5802 (Iskandar)

    Sekian, terima kasih

    Peace, Love & Respect

    ReplyDelete