Thursday, 27 October 2011

Poster Volume II


Produksi Kerawang Usang - Gula-Gula Cinta


Gebang Pawana - Daulat Mangkatnya


Komplot Ceretek - Anjing

Kami hanya menerima hanya 3 poster dari kumpulan yang bertanding. Terima kasih kepada kumpulan-kumpulan yang sering memberikan komitmen sepanjang pertandingan ini berlangsung. Kerjasama anda amatlah kami hargai.

Monday, 24 October 2011

Notis Poster Volume 2

Setiap kumpulan bertanding diminta menghantar poster teater masing-masing kepada kami di alamat email, teater10minitputrajaya@gmail.com selewat-lewatnya pada 26/10/2011 (rabu)

Setiap kumpulan juga digalakkan menyediakan poster dan flyers persembahan masing masing untuk diedarkan pada hari pertandingan bagi tujuan promosi dan menggalakkan sokongan untuk persembahan anda.

Terima kasih.

Juri Volume 2



Ahdan Salleh bekas penyanyi Kumpulan Flava (BAkat Realiti yang dicungkil dari Program Gangstarz) dan Juga Seorang pelakon yang memasuki Program Realiti TV mencari Pelakon Pilih Kasih. Sekarang bergerak Secara Solo dan dikenali sebagai Ahdan Salleh


 SYAHRUL FITHRI MUSA berkelulusan Sarjana Muda dalam bidang Seni Persembahan Teater dan Drama dari Universiti Malaya. Kemudian, menyambung pengajian di peringkat Sarjana dalam bidang yang sama di Universiti Sains Malaysia dan berkhidmat sebagai pensyarah di Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik (F.A.C.T) Universiti Teknologi Mara.

**Beliau adalah juri tetap untuk pertandingan ini. 



Nazri M. Annuar seorang penulis popular yang telah menulis di penerbitan PTS untuk jangka masa yang panjang sebelum bersara dan menjadi penulis sepenuh masa. Karya beliau iaitu novel Karipap-Karipap Cinta telah menaikkan nama beliau apabila Hafsham pengarah filem terkenal telah mengadaptasi novel itu ke medium yang lebih luas iaitu filem. Kini Nazri melebarkan sayapnya dengan menulis banyak skrip telemovie, drama dan sitcom yang telah ditayangkan di saluran TV nasional selain sedang menulis skrip untuk beberapa filem untuk tayangan akan datang.

No giliran dan technical run Volume 2

Cabutan undian nombor giliran telah diadakan pada sessi perjumpaan kedua pada 23/10 (ahad jam 5pm). Berikut adalah senarai kumpulan. Senarai ini disusun mengikut giliran persembahan nanti.

  1. Malaysia Perfoming Art Club (MPAC) 
  2. Kerawang Usang
  3. Bayang Prod
  4. Fame
  5. Paperclip
  6. Komplot Ceretek
  7. PKEB
  8. Gerbang Pawana
Juga seperti yang telah dipersetujui, pada jam 5-7pm  28 oktober 2011 (jumaat), sessi run-thru teknikal akan diadakan di DEWAN SERBAGUNA PODIUM A, KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN, PUTRAJAYA. Sessi ini diadakan agar setiap kumpulan dapat menguji teknikal seperti audio dan lighting dewan pertandingan untuk kelancaran persembahan kumpulan anda pada hari pertandingan. Sessi ini akan dikedalikan oleh Saudara Rayza Mukmin dan no giliran untuk run-thru adalah sama dengan no giliran hari pertandingan. Setiap kumpulan diminta menghantar wakil teknikal anda untuk run-thru ini dan diharap datang tepat pada masanya kerana masa yang diperuntukan untuk setiap kumpulan hanya 10 minit. 

Terima Kasih.

Wednesday, 12 October 2011

Briefing Pertama Volume 2





Pertemuan pertama telah berlangsung pada 9 September yang lalu di bilik rakan muda percint 16 pusat kejiranan. Wakil Kumpulan yang telah menghadirkan diri ialah :

1) MPEC
2) PKEB
3) Komplot Ceretek
4) Gerbang Pawana
5) Kerawang Usang

Kumpulan yang tidak hadir adalah paperclip, fame theatre dan bayang production.

Antara perkara yang dibincangkan ialah :

1) Post-moterm pertandingan volume 1
2) Skrip
3) Preview setiap kumpulan untuk ditunjukkan pada mentor sebelum tarikh pertandingan
4) Persediaan untuk menghadapi pertandingan volume 2

Setiap kumpulan perlu memberikan satu tarikh seelok-eloknya seminggu sebelum pertandingan untuk pihak mentor datang dan melihat rehersal yang dijalankan ditempat latihan masing-masing. Kumpulan yang telah menyatakan tarikh adalah :

Komplot Ceretek : 23hb September (masa akan diberitahu kemudian)
MPEC & PKEB : 19hb September - 8.30mlm

*Pastikan setiap kumpulan bersedia dengan baik sebelum membuat preview pada mentor. Diharapkan agar bersedia awal. Ia dijalankan untuk memperbaiki mutu dan kualiti persembahan semasa pertandingan kelak.

Skrip yang sepatutnya diberikan pada 7hb masih belum dapat sepenuhnya. Diharap dapat berbuat begitu dengan segera.

Pesanan :
Pihak kami sudah membuat keputusan untuk tidak melayan kerenah dan masalah disaat akhir. Kami agak terkilan dengan komitmen sesetengah kumpulan yang tidak mematuhi prosedur pertandingan ini. Ada yang ambil sambil lewa dan tidak bertanggungjawab untuk memberikan komitmen yang baik. Jadi sesiapa yang serius dan ambil berat, merekalah yang akan kami layan dan berikan ilmu. Jika sesiapa yang merasakan ia tidak perlu dan mengambil ringan setiap perkara, maka kami mengambil keputusan untuk tidak ambil peduli. Kami mencari kualiti, bukannya kuantiti. Harap sentiasa berkomunikasi dengan pihak kami agar semuanya berjalan dengan lancar. Harap maklum.

Monday, 10 October 2011

Teaser Volume 1



Sila buat tempahan awal utk dapatkan CD pertandingan volume 1 sebagai koleksi anda. Harga cuma RM20.

Monday, 3 October 2011

Gambar sekitar pertandingan volume 1

Juri volume I : Marlenny Erwan, Megat Shahrizal & Syahrul Fitri
Wakil Majlis Belia Kawasan Putrajaya : Encik Azizan & En Tahir

Urusetia & Mentor : Fasyali Fazli

Kata-kata aluan dari Encik Tahir


 Emcee & Mentor : Aloy Paradoks





MPAC : Bisikan



 PKEB : Bengkok



 Komplot Ceretek : Noktah



Bayang Production : Bayang



 Gerbang Pawana : Halus



 Fame Theatre : Hakikat




Kerawang Usang : Alhamdulilah 



Paperclip : Cermin




Persembahan Selingan oleh Koyak Rabak









Semoga berjaya untuk semua kumpulan yang bertanding diperingkat seterusnya.