Wednesday 12 October 2011

Briefing Pertama Volume 2





Pertemuan pertama telah berlangsung pada 9 September yang lalu di bilik rakan muda percint 16 pusat kejiranan. Wakil Kumpulan yang telah menghadirkan diri ialah :

1) MPEC
2) PKEB
3) Komplot Ceretek
4) Gerbang Pawana
5) Kerawang Usang

Kumpulan yang tidak hadir adalah paperclip, fame theatre dan bayang production.

Antara perkara yang dibincangkan ialah :

1) Post-moterm pertandingan volume 1
2) Skrip
3) Preview setiap kumpulan untuk ditunjukkan pada mentor sebelum tarikh pertandingan
4) Persediaan untuk menghadapi pertandingan volume 2

Setiap kumpulan perlu memberikan satu tarikh seelok-eloknya seminggu sebelum pertandingan untuk pihak mentor datang dan melihat rehersal yang dijalankan ditempat latihan masing-masing. Kumpulan yang telah menyatakan tarikh adalah :

Komplot Ceretek : 23hb September (masa akan diberitahu kemudian)
MPEC & PKEB : 19hb September - 8.30mlm

*Pastikan setiap kumpulan bersedia dengan baik sebelum membuat preview pada mentor. Diharapkan agar bersedia awal. Ia dijalankan untuk memperbaiki mutu dan kualiti persembahan semasa pertandingan kelak.

Skrip yang sepatutnya diberikan pada 7hb masih belum dapat sepenuhnya. Diharap dapat berbuat begitu dengan segera.

Pesanan :
Pihak kami sudah membuat keputusan untuk tidak melayan kerenah dan masalah disaat akhir. Kami agak terkilan dengan komitmen sesetengah kumpulan yang tidak mematuhi prosedur pertandingan ini. Ada yang ambil sambil lewa dan tidak bertanggungjawab untuk memberikan komitmen yang baik. Jadi sesiapa yang serius dan ambil berat, merekalah yang akan kami layan dan berikan ilmu. Jika sesiapa yang merasakan ia tidak perlu dan mengambil ringan setiap perkara, maka kami mengambil keputusan untuk tidak ambil peduli. Kami mencari kualiti, bukannya kuantiti. Harap sentiasa berkomunikasi dengan pihak kami agar semuanya berjalan dengan lancar. Harap maklum.

No comments:

Post a Comment