Monday 24 October 2011

Juri Volume 2



Ahdan Salleh bekas penyanyi Kumpulan Flava (BAkat Realiti yang dicungkil dari Program Gangstarz) dan Juga Seorang pelakon yang memasuki Program Realiti TV mencari Pelakon Pilih Kasih. Sekarang bergerak Secara Solo dan dikenali sebagai Ahdan Salleh


 SYAHRUL FITHRI MUSA berkelulusan Sarjana Muda dalam bidang Seni Persembahan Teater dan Drama dari Universiti Malaya. Kemudian, menyambung pengajian di peringkat Sarjana dalam bidang yang sama di Universiti Sains Malaysia dan berkhidmat sebagai pensyarah di Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik (F.A.C.T) Universiti Teknologi Mara.

**Beliau adalah juri tetap untuk pertandingan ini. 



Nazri M. Annuar seorang penulis popular yang telah menulis di penerbitan PTS untuk jangka masa yang panjang sebelum bersara dan menjadi penulis sepenuh masa. Karya beliau iaitu novel Karipap-Karipap Cinta telah menaikkan nama beliau apabila Hafsham pengarah filem terkenal telah mengadaptasi novel itu ke medium yang lebih luas iaitu filem. Kini Nazri melebarkan sayapnya dengan menulis banyak skrip telemovie, drama dan sitcom yang telah ditayangkan di saluran TV nasional selain sedang menulis skrip untuk beberapa filem untuk tayangan akan datang.

No comments:

Post a Comment