Wednesday 23 November 2011

VOLUME III : Kemuncak segala-galanya!


Hadiah yang dinanti-nantikan

Hadiah wang tunai serta hadiah sampingan untuk para pemenang :

Bil.
Hadiah
Wang Tunai

1.
Tempat pertama
RM1,000.00
2.
Tempat kedua
RM700.00
3.
Tempat ketiga
RM500.00
4.
Pelakon wanita terbaik
RM200.00
5.
Pelakon lelaki terbaik
RM200.00
6.
Pengarah terbaik
RM200.00
7.
Skrip terbaik
RM200.00


**Setiap pemenang akan turut membawa pulang hamper dan trofi.

Tuesday 22 November 2011

Notis : Perjumpaan dengan Mentor

Seperti yang telah dilakukan pada Vol 2, para mentor akan datang ke tempat latihan untuk memberi tunjuk ajar dan melihat proses latihan setiap kumpulan untuk Vol 3 juga. Jadi setiap kumpulan diharap dapat memberi tarikh yang dirasakan sesuai untuk para mentor datang ke tempat anda bermula pada 25/11 sehingga 2/12. Kunjungan mentor adalah penting untuk meningkatkan mutu persembahan anda disamping memberi tips yang berguna menjelang kemuncak Vol 3.

Setakat ini hanya kumpulan Komplot Ceretek telah mengesahkan tarikh perjumpaan.

No giliran dan technical run Volume 3

Cabutan undian nombor giliran telah diadakan pada sessi perjumpaan pada 20/11 (ahad jam 5pm). Berikut adalah senarai kumpulan. Senarai ini disusun mengikut giliran persembahan nanti.
  1. Fame 
  2. Paperclip
  3. Bayang Prod
  4. Malaysia Perfoming Art Club (MPAC) 
  5. PKEB
  6. Komplot Ceretek
  7. Gerbang Pawana
  8. Kerawang Usang 
Juga seperti yang telah dipersetujui, pada jam 5-7pm  2 Disember 2011 (jumaat), sessi run-thru teknikal akan diadakan di DEWAN SERBAGUNA PODIUM A, KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN, PUTRAJAYA. Sessi ini diadakan agar setiap kumpulan dapat menguji teknikal seperti audio dan lighting dewan pertandingan untuk kelancaran persembahan kumpulan anda pada hari pertandingan. Sessi ini akan dikedalikan oleh Saudara Rayza Mukmin dan no giliran untuk run-thru adalah sama dengan no giliran hari pertandingan. Setiap kumpulan diminta menghantar wakil teknikal anda untuk run-thru ini dan diharap datang tepat pada masanya kerana masa yang diperuntukan untuk setiap kumpulan hanya 10 minit. 

Terima Kasih

Sunday 20 November 2011

Berita Tergempar : Tarikh Volume 3

Salam, untuk semua kumpulan yang bertanding grand final dan volume 3 pertandingan teater 10 minit putrajaya telah di anjakkan pada tarikh 3 Dec 2011 (sabtu) jam 2-5 petang di tempat yang sama. Anjakkan tarikh ini adalah disebabkan masalah2 teknikal yang tak dpt dielakkan. Harap maklum.

Ada beberapa kumpulan yang gagal menghantar skrip kepada kami untuk disemak. Sila berbuat demikian kerana tarikh grand final akan tiba tidak lama lagi.

Hadiah-hadiah untuk pemenang akan diumumkan dalam minggu ini. Sila tunggu.

Tuesday 15 November 2011

Hadiah!

Semua mengetahui VOL 3 adalah kemuncak kepada Pertandingan Teater 10 Minit Putrajaya. Namun hadiah yang bakal dibawa pulang oleh para pemenang masih lagi menjadi rahsia. Oleh itu untuk mengurangkan debaran dan meningkat motivasi para peserta, kami akan membongkar apakah hadiah yang bakal dimenangi oleh pemenang.

Kumpulan Terbaik

  • Wang Tunai (akan diumumkan)
  • Trofi 
  • Hamper
  • Sijil Penyertaan
Tempat Kedua
  • Wang Tunai (akan diumumkan)
  • Trofi 
  • Hamper
  • Sijil Penyertaan
Tempat Ketiga
  • Wang Tunai (akan diumumkan)
  • Trofi 
  • Hamper
  • Sijil Penyertaan
Pelakon Lelaki Terbaik
  • Wang Tunai (akan diumumkan)
  • Trofi 
  • Sijil Penyertaan
Pelakon Wanita Terbaik
  • Wang Tunai (akan diumumkan)
  • Trofi 
  • Sijil Penyertaan
Skrip Terbaik
  • Wang Tunai (akan diumumkan)
  • Trofi 
  • Sijil Penyertaan
Pengarah Terbaik
  • Wang Tunai (akan diumumkan)
  • Trofi 
  • Sijil Penyertaan
Audience Choice Award
  • Hamper

Notis : Perjumpaan

Untuk pengetahuan semua, pertemuan para peserta dengan mentor untuk VOL 3 hanya akan diadakan sekali sahaja,iaitu pada hari Ahad, 20/11/11 pada jam 5 petang di bilik Rakan Muda Pusat Kejiranan Presint 16. Diharap setiap kumpulan wajib menghantar wakil kerana selain sessi perbincangan dengan mentor, cabutan nombor giliran juga akan dilakukan. Kumpulan yang gagal hadir akan ditolak markah.

Selain itu, para mentor juga akan datang ke tempat latihan para peserta untuk memberi tunjuk ajar dan melihat progress latihan setiap kumpulan seperti yang telah dilakukan pada VOL 2 yang lalu. Diharap setiap kumpulan dapat memberi satu tarikh seminggu sebelum pertandingan iaitu pada 20-25 hb November 2011, bagi membolehkan para mentor datang ke tempat anda. Diharap setiap kumpulan dapat memberi kerjasama. Harap Maklum.

Notis : Skrip

Sehingga hari ini, pihak kami belum menerima apa-apa skrip dari semua kumpulan sedangkan tarikh wajib hantar ialah sebelum 11/11/2011. Kelewatan para peserta menghantar skrip akan menyukarkan kami menyemak dan menilai skrip anda dan sekaligus menyukarkan kumpulan anda untuk mengadakan latihan. Justeru itu kami akan menganjakkan lagi tarikh penghantaran skrip kepada 18/11/2011 dan kepada mana mana kumpulan yang gagal untuk menghantar skrip sebelum tarikh tersebut akan dipotong 10% markah daripada persembahan. Pihak kami terpaksa bertegas untuk memastikan persembahan setiap kumpulan pada VOL 3 ini lebih baik dan mantap serta memastikan setiap kumpulan mengikut peraturan dan syarat yang telah ditetapkan. Harap Maklum.

Gambar sekitar pertandingan volume 2

 Juri Volume 2 : Nazri M Annuar, Syahrul Fitri Musa dan Ahdan Salleh

Orang kuat MBK Putrajaya, En Nasru dan isteri serta Penaung MBK, Tun Faisal.

Aloy Paradoks sebagai emcee merangkap mentor.

Ucapan alu-aluan dari Tun Faisal





MPAC : Skrip





Pro Kerawang Usang : Gula Gula Cinta





Bayang : Sepatu





FAME : Hitam dan Putih





Paperclip : Balas




Gerbang Pawana : Anjing





PKEB :





Gerbang Pawana : Dijulang Mangkatnya





Persembahan selingan dari pelajar Aswara





Komen-komen dari para juri







Tuesday 1 November 2011

Tarikh dan tema Volume III

Tarikh untuk pertandingan Volume III ialah pada 26 hb November 2011. Manakala tema kali ini adalah 'Bebas' dimana setiap kumpulan bebas memilih apa sahaja tema yang disukai untuk dipentaskan. Ini bertujuan memberi peluang dan kebebasan untuk berkarya kepada setiap kumpulan dalam mementaskan karya masing-masing.

Setiap kumpulan boleh mula membuat skrip (first draft) dan hantar ke urusetia untuk diteliti. Skrip perlu dihantar SEBELUM 11hb November (Jumaat, lebih awal lebih baik) agar ia boleh diperiksa dan diperbaiki dengan lebih cepat. Skrip boleh dihantar ke teater10minitputrajaya@gmail.com

VOLUME II ( 29 Oktober 2011)

Pertandingan untuk Volume II telah berlangsung dengan jayanya pada 29 hb Oktober yang lalu. Secara keseluruhan, persembahan setiap kumpulan kali ini menampakkan peningkatan yang sangat ketara. Boleh dikatakan kesemua pesembahan sangat menarik dan menghiburkan sehingga menyebabkan para juri pening kepala untuk memilih pemenang. Kami pihak penganjur sangat berbangga dengan peningkatan yang ditunjukkan setiap peserta dan kami berharap semua peserta akan melipatkan kali gandakan usaha dan latihan bagi menempuh edisi terakhir pertandingan iaitu Volume III yang dijadualkan berlangsung pada 26 hb November ini. Para mentor juga berjanji akan memberikan panduan dan pandangan sebanyak mungkin bagi membantu peserta memberikan yang terbaik pada volume terakhir. Berikut ialah senarai pemenang dan markah terkumpul bagi setiap kumpulan.


Pemenang-pemenang untuk Volume II ialah :


Pelakon Wanita terbaik : Syai Razali (Komplot Ceretek)
Pelakon Lelaki terbaik : Faris (Kerawang Usang)
Skrip terbaik : Anjing (Komplot ceretek)
Pengarah terbaik : Anjing (Komplot ceretek)
Audience Choice Award : Gula Gula Cinta (Kerawang Usang)


Peratusan Markah untuk setiap kumpulan bagi Volume II :


MPAC                    : 67.7
PKEB                     : 65.4
Komplot Ceretek  : 87.8
Bayang Prod         : 59.3
Gerbang Pawana : 84.0
FAME                   : 80.3
Kerawang Usang : 85.2
Paperclip              : 61.3


Bedasarkan markah yang diperolehi pada Volume I dan II, ternyata peluang untuk merebut kejuaraan masih terbuka kepada setiap kumpulan. Sama-sama kita nantikan persembahan setiap kumpulan pada Volume III nanti dengan penuh debaran!


Gambar-gambar sekitar majlis akan dimasukkan dalam masa terdekat.