Tuesday 1 November 2011

VOLUME II ( 29 Oktober 2011)

Pertandingan untuk Volume II telah berlangsung dengan jayanya pada 29 hb Oktober yang lalu. Secara keseluruhan, persembahan setiap kumpulan kali ini menampakkan peningkatan yang sangat ketara. Boleh dikatakan kesemua pesembahan sangat menarik dan menghiburkan sehingga menyebabkan para juri pening kepala untuk memilih pemenang. Kami pihak penganjur sangat berbangga dengan peningkatan yang ditunjukkan setiap peserta dan kami berharap semua peserta akan melipatkan kali gandakan usaha dan latihan bagi menempuh edisi terakhir pertandingan iaitu Volume III yang dijadualkan berlangsung pada 26 hb November ini. Para mentor juga berjanji akan memberikan panduan dan pandangan sebanyak mungkin bagi membantu peserta memberikan yang terbaik pada volume terakhir. Berikut ialah senarai pemenang dan markah terkumpul bagi setiap kumpulan.


Pemenang-pemenang untuk Volume II ialah :


Pelakon Wanita terbaik : Syai Razali (Komplot Ceretek)
Pelakon Lelaki terbaik : Faris (Kerawang Usang)
Skrip terbaik : Anjing (Komplot ceretek)
Pengarah terbaik : Anjing (Komplot ceretek)
Audience Choice Award : Gula Gula Cinta (Kerawang Usang)


Peratusan Markah untuk setiap kumpulan bagi Volume II :


MPAC                    : 67.7
PKEB                     : 65.4
Komplot Ceretek  : 87.8
Bayang Prod         : 59.3
Gerbang Pawana : 84.0
FAME                   : 80.3
Kerawang Usang : 85.2
Paperclip              : 61.3


Bedasarkan markah yang diperolehi pada Volume I dan II, ternyata peluang untuk merebut kejuaraan masih terbuka kepada setiap kumpulan. Sama-sama kita nantikan persembahan setiap kumpulan pada Volume III nanti dengan penuh debaran!


Gambar-gambar sekitar majlis akan dimasukkan dalam masa terdekat. 

No comments:

Post a Comment