Tuesday 15 November 2011

Notis : Perjumpaan

Untuk pengetahuan semua, pertemuan para peserta dengan mentor untuk VOL 3 hanya akan diadakan sekali sahaja,iaitu pada hari Ahad, 20/11/11 pada jam 5 petang di bilik Rakan Muda Pusat Kejiranan Presint 16. Diharap setiap kumpulan wajib menghantar wakil kerana selain sessi perbincangan dengan mentor, cabutan nombor giliran juga akan dilakukan. Kumpulan yang gagal hadir akan ditolak markah.

Selain itu, para mentor juga akan datang ke tempat latihan para peserta untuk memberi tunjuk ajar dan melihat progress latihan setiap kumpulan seperti yang telah dilakukan pada VOL 2 yang lalu. Diharap setiap kumpulan dapat memberi satu tarikh seminggu sebelum pertandingan iaitu pada 20-25 hb November 2011, bagi membolehkan para mentor datang ke tempat anda. Diharap setiap kumpulan dapat memberi kerjasama. Harap Maklum.

No comments:

Post a Comment