Tema untuk pertandingan volume II adalah 'Kegembiraan' (Happiness).
Kegembiraan boleh ditafsirkan melalui orang, situasi, peristiwa, tingkahlaku atau apa sahaja yang boleh mendefinisikan erti kegembiraan.
Setiap kumpulan boleh mula membuat skrip (first draft) dan hantar ke urusetia untuk diteliti. Skrip perlu dihantar sebelum 7hb Oktober (Jumaat, lebih awal lebih baik) agar ia boleh diperiksa dan diperbaiki dengan lebih cepat. Skrip boleh dihantar ke teater10minitputrajaya@gmail.com
Briefing pertama untuk volume II akan dijalankan pada 9hb Oktober (ahad) jam 8.30pm di bilik rakan muda percint 16, Pusat Kejiranan Putrajaya. Setiap kumpulan wajib menghantar sekurang-kurangnya seorang wakil.
Friday, 30 September 2011
Wednesday, 28 September 2011
Rakaman Video Pertandingan Volume 1
CD Video semasa hari pertandingan telah dirakam untuk tujuan dokumentasi. Kepada sesiapa yang berminat untuk menyimpan video ini boleh meninggalkan nama disini atau contact Fazleena Hishamuddin untuk mendapatkannya. Rakaman ini penting untuk dijadikan panduan untuk pertandingan yang seterusnya. Anda semua boleh melihat kesalahan yang dilakukan, permainan teknikal, bagaimana acting atas pentas dan sebagainya. Selain ia boleh dijadikan kenangan dan pengalaman untuk anda simpan.
Sekeping CD berharga RM20.
Sekeping CD berharga RM20.
Tarikh Pertandingan Volume 2
Tarikh untuk pertandingan volume II ialah pada 29 Oktober 2011 (sabtu). Diharap sudah boleh bersedia dengan latihan dan brainstorming setiap kumpulan.
Pertandingan Volume 1 (24 september 2011)
Alhamdulilah. Pertandingan yang telah dinanti-nantikan sudah selesai pada 24 September 2011 yang lalu. Seramai 12 kumpulan yang pada awalnya mengambil bahagian, akhirnya cuma tinggal 8 yang benar-benar mahu bertanding dan turut serta. Ada yang menarik diri di saat akhir dan perkara ini sungguh mengecewakan. Kami berharap perkara ini tidak berlaku di volume akan datang. Pertandingan ini seharusnya memupuk semangat berpasukan, hormat-menghormati dan berdisiplin. Seharusnya pihak yang sudah menyatakan hasrat menyertai pertandingan ini dari awal haruslah bersedia dan bertanggungjawab atas apa yang telah dinyatakan. Apabila penarikan berlaku, ia menyusahkan pihak pengurusan untuk membuat penyelarasan acara. Ia juga menyusahkan banyak pihak. Sekali lagi kami tegaskan disini agar setiap kumpulan harus memberikan komitmen yang baik dan bersungguh-sungguh agar kita sama-sama boleh mewujudkan satu pertandingan yang sihat dan berkualiti.
Kumpulan yang bertanding
1) Produksi Komplot Ceretek
2) Produksi Kelab Penulisan Kreatif dan Eksplorasi Budaya (PKEB)
3) Bayang Production
4) FAME Theatre
5) Produksi Kerawang Usang
6) Produksi Gerbang Pawana
7) MPAC Production
8) Paperclip
Secara keseluruhan, ada banyak lagi ruang yang perlu diperbaiki oleh setiap kumpulan. Kebanyakkan kumpulan tidak bersedia dan tidak mengambil berat tentang cerita yang ingin disampaikan. Latihan yang kurang dan kerja kumpulan yang tidak bersatu. Skrip yang last minute dan tidak sempat diperbaiki serta masih lagi terhimpit dengan drama-drama dikaca tv dan tidak kreatif serta kritis. Untuk volume II ini, kami pihak penganjur dan mentor akan pergi menonton latihan (hanya satu kali untuk setiap kumpulan) yang dijalankan oleh setiap kumpulan agar ianya dapat membantu dan memberikan panduan agar hasilnya lebih berkualiti. Insyaallah.
Pemenang-pemenang untuk volume 1 ialah :
Pelakon Wanita terbaik : Fatin Najla (Komplot Ceretek)
Pelakon lelaki terbaik : Hafis Mustafa (Fame Theatre)
Skrip terbaik : Noktah (Komplot ceretek)
Pengarah terbaik : Noktah (Komplot ceretek)
Audience Choice Award : Halus (Gerbang Pawana)
Semua pemenang diberikan 2 tiket menonton teater juta-juta yang dipentaskan di stor teater DBP oleh kumpulan Mask Team.
Peratusan Markah untuk setiap kumpulan :
MPAC : 49.3
PKEB : 44.7
Komplot Ceretek : 70
Bayang Prod : 44.3
Gerbang Pawana : 45.8
Hakikat : 67.3
Kerawang Usang : 56.3
Paperclip : 55.2
Semua markah ini akan dicampurkan untuk volume II dan volume III akan datang. Setiap kumpulan harus menggandakan usaha untuk terus bersaing bagi merebut kejuaraan.
Gambar-gambar sekitar majlis akan dimasukkan dalam masa terdekat.

Wednesday, 21 September 2011
UPDATE POSTER!
Tinggal 3 hari lagi sebelum VOLUME 1 Teater 10 Minit Putrajaya berlangsung. Semakin hari debaran kian terasa. Saya sebagai jurucakap sendiri berdebar-debar menunggu persembahan dari para peserta dan juga reaksi dari penonton. Di bawah ialah antara poster permentasan kumpulan bertanding. Senarai ini akan diupdate dari semasa ke semasa.
NOKTAH-Pencarian Sebuah Pengakhiran
Arahan Qadry Basri
Produksi Komplot Ceretek
BENGKOK - Tersungkurkah aku dipersimpangan?
Arahan Abdul Amar
Produksi Kelab Penulisan Kreatif dan Eksplorasi Budaya (PKEB)
'Cermin'
Bayang Production
Pengarah : Hashim Yusoff
'Hakikat'
FAME Theatre
Pengarah : Hafis Mustaffa
'Alhamdulilah'
Kerawang Usang
Pengarah : Yusoff al-farouk
'Cermin'
Bayang Production
Pengarah : Hashim Yusoff
'Hakikat'
FAME Theatre
Pengarah : Hafis Mustaffa
'Alhamdulilah'
Kerawang Usang
Pengarah : Yusoff al-farouk
Monday, 19 September 2011
Sistem Penjurian
Seperti yang sedia maklum, Pertandingan Teater 10 Minit Putrajaya ini terbahagi kepada tiga volume, iaitu VOLUME 1 (September), VOLUME 2 (Oktober) dan VOLUME 3 (November). Oleh itu, sistem permakahan adalah menggunakan sistem carry-mark iaitu markah dari setiap volume akan dikumpulkan dan dikira pada VOLUME 3 dimana pemenang akan diumumkan. Namun yang demikian, sistem carry-mark ini adalah untuk anugerah Kumpulan Terbaik.
Untuk anugerah individu seperti Pengarah Terbaik, Skrip Terbaik, Pelakon Terbaik dan sebagainya, pemenang akan diumumkan pada akhir setiap volume. Ini bermakna pemenang setiap volume akan bertanding sesama sendiri untuk hadiah utama nanti. Ini membolehkan setiap kumpulan mempunyai pilihan untuk menukar pelakon, pengarah atau sebagainya pada setiap volume.
Kami juga menyediakan satu lagu anugerah iaitu Anugerah Pilihan Penonton dimana anugerah ini diberikan kepada kumpulan yang mendapat undian tertinggi daripada penonton yang hadir. Jadi setiap kumpulan digalakkan membawa seberapa ramai penyokong untuk memberikan sokongan kepada anda.
Sebarang kemusykilan boleh la meninggalkan komen atau berhubung di email kami. Terima kasih.

Notis : Poster
Setiap kumpulan bertanding diminta menghantar poster teater masing-masing kepada kami di alamat email, teater10minitputrajaya@gmail.com selewat-lewatnya pada 21/09/2011.
Setiap kumpulan juga digalakkan menyediakan poster dan flyers persembahan masing masing untuk diedarkan pada hari pertandingan bagi tujuan promosi dan menggalakkan sokongan untuk persembahan anda.
Terima kasih.

VOLUME 1 : JURI
Berikut adalah senarai juri-juri bagi VOLUME 1
1. MEGAT SHARIZAL, aktivis teater.
Apa yg mulanya hobi dan sekadar suka-suka kini menjadi karier bagi MEGAT SHARIZAL yg mula berjinak dalam bidang seni persembahan secara serius kira-kira 7 tahun lalu. Perjalanan beliau bermula di Festival Teater Malaysia 2004, dimana pementasan yg bertajuk Tat Nenas dinobatkan sebagai juara dan sekaligus merangkul hadiah pengarah terbaik. Kemudian menimba ilmu didalam bidang muzikal teater bersama pementasan PGL dan Pramlee the muzikal. Membuat kemunculan sulung di layar perak bersama filem 1957 Hati Malaya dan boleh juga dilihat di kaca tv didalam drama seperti Sindarela, Rona-Roni Makaroni, Anak Aku Artis, Cinta Balqis dan lain lagi. Kini bergiat aktif dibelakang pentas dengan menjadi penolong pengarah untuk teater muzikal seperti Terima Kasih Cinta dan juga Dreamgirls.
2. SYAHRUL FITHRI MUSA , Pensyarah Teater UiTM.
SYAHRUL FITHRI MUSA berkelulusan Sarjana Muda dalam bidang Seni Persembahan Teater dan Drama dari Universiti Malaya. Kemudian, menyambung pengajian di peringkat Sarjana dalam bidang yang sama di Universiti Sains Malaysia dan berkhidmat sebagai pensyarah di Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik (F.A.C.T) Universiti Teknologi Mara.
3. MARLENNY ERWAN, Pensyarah Teater UM*
* Profil lengkap bagi juri akan dikemaskinikan nanti.

Beliau pernah terlibat dalam projek-projek seni persembahan di peringkat antarabangsa seperti di Korea Selatan, Myanmar, Singapura, Thailand dan Indonesia. Beliau banyak melibatkan diri sebagai pengarah, pelakon, penulis skrip dan juga di bahagian pengurusan pentas. Di antara persembahan-persembahan yang pernah dijayakannya ialah seperti ‘Tingginya Menyapu Awan’ (1997), ‘Remang Di Lorong Tua’ (1998) ‘Wau Bulan’(1999), ‘Meja Bulat’ (2000), ‘Jangan Bunuh Diri’ (2000), ‘Cinta Sumirang’ (2000), ‘Kursi’ (2000), ‘Obsesi’ (2001), Merdeka! Merdeka! Merdeka! (2002), ‘Root and Earth’ ‘Ronggeng Rokiah’ (2003), ‘Puteri Hang Li Po’ (2004), ‘Present for Megawati’ (2004) ’Tunku Kudin’ (2004,2005) ‘Jerejak’ (2006) ‘Ram’ (2007), ‘Pentas Opera’ (2008) dan yang terbaru ‘1Plastik Hitam’ (2011).
3. MARLENNY ERWAN, Pensyarah Teater UM*
* Profil lengkap bagi juri akan dikemaskinikan nanti.
VOLUME 1 : Senarai kumpulan dan run-thru teknikal
Sebanyak 10 kumpulan telah mengesahkan penyertaan untuk bertanding dalam VOLUME 1 - Pertandingan Teater 10 Minit Putrajaya. Secara tidak langsung 10 kumpulan ini juga akan turut bertanding dalam VOLUME 2 dan VOLUME 3 yang akan diadakan pada bulan Oktober dan November kelak.
Cabutan undian nombor giliran telah diadakan pada sessi perjumpaan kedua pada 18/09.Berikut adalah senarai kumpulan dan tajuk teater masing - masing. Senarai ini disusun mengikut giliran persembahan nanti.

- GK - Simpang Mati
- Malaysia Perfoming Art Club (MPAC) - Bisikan
- Kelab Penulisan Kreatif dan Eksplorasi Budaya (PKEB) - Bengkok
- Komplot Ceretek Production - Noktah
- Bayang - Bayang
- Produksi Gerbang Pawana - Halus
- FAME Theatre Group - Hakikat
- Produksi Kerawang Usang - Alhamdulillah
- Paperclip - Cermin
- Pondok Wangi - Pisau Belit
Juga seperti yang telah dipersetujui, pada 3 petang-5 petang 23/09/2011, sessi run-thru teknikal akan diadakan di DEWAN SERBAGUNA PODIUM A, KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN, PUTRAJAYA. Sessi ini diadakan agar setiap kumpulan dapat menguji teknikal seperti audio dan lighting dewan pertandingan untuk kelancaran persembahan kumpulan anda pada hari pertandingan. Sessi ini akan dikedalikan oleh Saudara Rayza Mukmin dan no giliran untuk run-thru adalah sama dengan no giliran hari pertandingan. Setiap kumpulan diminta menghantar wakil teknikal anda untuk run-thru ini dan diharap datang tepat pada masanya kerana masa yang diperuntukan untuk setiap kumpulan hanya 10 minit.
Terima Kasih.
Monday, 12 September 2011
Notis : Perjumpaan Kali ke-2
Perjumpaan kedua untuk Pertandingan Teater 10 Minit Putrajaya akan diadakan pada 18 hb , jam 8.30 malam di Bilik Rakan Muda Pusat Kejiranan Persint 16. Perjumpaan kali kedua ini penting untuk memberi penerangan kepada peserta tentang beberapa perkara. Berikut adalah perkara yang akan dibincangkan :
1. 1 Teknikal
- Perkara-perkara penting berkaitan teknikal akan dijelaskan dengan lebih lanjut pada hari ini. Seperti lighting, system audio, floor plan.
2. 2. Progress
- Setelah skrip disemak dan diberi semula, setiap kumpulan sepatutnya telah memulakan latihan. Jadi pada hari ini progress latihan setiap kumpulan akan dibincangkan. Mentor juga akan cuba memberi sedikit tips dan cuba menyesaikan masalah yang dihadapi oleh setiap kumpulan.
3. 3. Flyes
- Untuk mempromosikan pesembahan masing-masing, setiap kumpulan patut mnyediakan flyers yang mengandungi sipnosis, senarai pelakon serta tenaga produksi setiap kumpulan. Ini untuk menarik kehadiran penyokong serta menaikan imej kumpulan yang bertanding.
4. 4. Cabutan Nombor Giliran
- Pada hari ini juga cabutan no giliran untuk persembahan akan didakan. Adalah penting bagi wakil setiap kumpulan untuk hadir supaya cabutan akan diadakan dengan saksama dan adil agar tidak menimbulkan ketidakpuashatian mengenai giliran persembahan kelak.
5. Format Penjurian
- Segala maklumat tentang proses permakahan juga akan diterangkan. Kami juga akan menjelaskan senarai anugerah yang boleh dimenangi oleh para peserta.
Subscribe to:
Posts (Atom)