Monday, 19 September 2011

VOLUME 1 : JURI

Berikut adalah senarai juri-juri bagi VOLUME 1


1. MEGAT SHARIZAL, aktivis teater.


              
         Apa yg mulanya hobi dan sekadar suka-suka kini menjadi karier bagi MEGAT SHARIZAL yg mula berjinak dalam bidang seni persembahan secara serius kira-kira 7 tahun lalu. Perjalanan beliau bermula di Festival Teater Malaysia 2004, dimana pementasan yg bertajuk Tat Nenas dinobatkan sebagai juara dan sekaligus merangkul hadiah pengarah terbaik. Kemudian menimba ilmu didalam bidang muzikal teater bersama pementasan PGL dan Pramlee the muzikal. Membuat kemunculan sulung di layar perak bersama filem 1957 Hati Malaya dan boleh juga dilihat di kaca tv didalam drama seperti Sindarela, Rona-Roni Makaroni, Anak Aku Artis, Cinta Balqis dan lain lagi. Kini bergiat aktif dibelakang pentas dengan menjadi penolong pengarah untuk teater muzikal seperti Terima Kasih Cinta dan juga Dreamgirls.

2. SYAHRUL FITHRI MUSA , Pensyarah Teater UiTM.




 SYAHRUL FITHRI MUSA berkelulusan Sarjana Muda dalam bidang Seni Persembahan Teater dan Drama dari Universiti Malaya. Kemudian, menyambung pengajian di peringkat Sarjana dalam bidang yang sama di Universiti Sains Malaysia dan berkhidmat sebagai pensyarah di Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik (F.A.C.T) Universiti Teknologi Mara.

Beliau pernah terlibat dalam projek-projek seni persembahan di peringkat antarabangsa seperti di Korea Selatan, Myanmar, Singapura, Thailand dan Indonesia. Beliau banyak melibatkan diri sebagai pengarah, pelakon, penulis skrip dan juga di bahagian pengurusan pentas. Di antara persembahan-persembahan yang pernah dijayakannya ialah seperti ‘Tingginya Menyapu Awan’ (1997), ‘Remang Di Lorong Tua’ (1998) ‘Wau Bulan’(1999), ‘Meja Bulat’ (2000), ‘Jangan Bunuh Diri’ (2000), ‘Cinta Sumirang’ (2000), ‘Kursi’ (2000), ‘Obsesi’ (2001), Merdeka! Merdeka! Merdeka! (2002), ‘Root and Earth’ ‘Ronggeng Rokiah’ (2003), ‘Puteri Hang Li Po’ (2004), ‘Present for Megawati’ (2004) ’Tunku Kudin’ (2004,2005) ‘Jerejak’ (2006) ‘Ram’ (2007), ‘Pentas Opera’ (2008) dan yang terbaru ‘1Plastik Hitam’ (2011). 

3. MARLENNY ERWAN, Pensyarah Teater UM*





* Profil lengkap bagi juri akan dikemaskinikan nanti.

No comments:

Post a Comment