Alhamdulilah. Pertandingan yang telah dinanti-nantikan sudah selesai pada 24 September 2011 yang lalu. Seramai 12 kumpulan yang pada awalnya mengambil bahagian, akhirnya cuma tinggal 8 yang benar-benar mahu bertanding dan turut serta. Ada yang menarik diri di saat akhir dan perkara ini sungguh mengecewakan. Kami berharap perkara ini tidak berlaku di volume akan datang. Pertandingan ini seharusnya memupuk semangat berpasukan, hormat-menghormati dan berdisiplin. Seharusnya pihak yang sudah menyatakan hasrat menyertai pertandingan ini dari awal haruslah bersedia dan bertanggungjawab atas apa yang telah dinyatakan. Apabila penarikan berlaku, ia menyusahkan pihak pengurusan untuk membuat penyelarasan acara. Ia juga menyusahkan banyak pihak. Sekali lagi kami tegaskan disini agar setiap kumpulan harus memberikan komitmen yang baik dan bersungguh-sungguh agar kita sama-sama boleh mewujudkan satu pertandingan yang sihat dan berkualiti.
Kumpulan yang bertanding
1) Produksi Komplot Ceretek
2) Produksi Kelab Penulisan Kreatif dan Eksplorasi Budaya (PKEB)
3) Bayang Production
4) FAME Theatre
5) Produksi Kerawang Usang
6) Produksi Gerbang Pawana
7) MPAC Production
8) Paperclip
Secara keseluruhan, ada banyak lagi ruang yang perlu diperbaiki oleh setiap kumpulan. Kebanyakkan kumpulan tidak bersedia dan tidak mengambil berat tentang cerita yang ingin disampaikan. Latihan yang kurang dan kerja kumpulan yang tidak bersatu. Skrip yang last minute dan tidak sempat diperbaiki serta masih lagi terhimpit dengan drama-drama dikaca tv dan tidak kreatif serta kritis. Untuk volume II ini, kami pihak penganjur dan mentor akan pergi menonton latihan (hanya satu kali untuk setiap kumpulan) yang dijalankan oleh setiap kumpulan agar ianya dapat membantu dan memberikan panduan agar hasilnya lebih berkualiti. Insyaallah.
Pemenang-pemenang untuk volume 1 ialah :
Pelakon Wanita terbaik : Fatin Najla (Komplot Ceretek)
Pelakon lelaki terbaik : Hafis Mustafa (Fame Theatre)
Skrip terbaik : Noktah (Komplot ceretek)
Pengarah terbaik : Noktah (Komplot ceretek)
Audience Choice Award : Halus (Gerbang Pawana)
Semua pemenang diberikan 2 tiket menonton teater juta-juta yang dipentaskan di stor teater DBP oleh kumpulan Mask Team.
Peratusan Markah untuk setiap kumpulan :
MPAC : 49.3
PKEB : 44.7
Komplot Ceretek : 70
Bayang Prod : 44.3
Gerbang Pawana : 45.8
Hakikat : 67.3
Kerawang Usang : 56.3
Paperclip : 55.2
Semua markah ini akan dicampurkan untuk volume II dan volume III akan datang. Setiap kumpulan harus menggandakan usaha untuk terus bersaing bagi merebut kejuaraan.
Gambar-gambar sekitar majlis akan dimasukkan dalam masa terdekat.
No comments:
Post a Comment