Cabutan undian nombor giliran telah diadakan pada sessi perjumpaan kedua pada 18/09.Berikut adalah senarai kumpulan dan tajuk teater masing - masing. Senarai ini disusun mengikut giliran persembahan nanti.
- GK - Simpang Mati
- Malaysia Perfoming Art Club (MPAC) - Bisikan
- Kelab Penulisan Kreatif dan Eksplorasi Budaya (PKEB) - Bengkok
- Komplot Ceretek Production - Noktah
- Bayang - Bayang
- Produksi Gerbang Pawana - Halus
- FAME Theatre Group - Hakikat
- Produksi Kerawang Usang - Alhamdulillah
- Paperclip - Cermin
- Pondok Wangi - Pisau Belit
Juga seperti yang telah dipersetujui, pada 3 petang-5 petang 23/09/2011, sessi run-thru teknikal akan diadakan di DEWAN SERBAGUNA PODIUM A, KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN, PUTRAJAYA. Sessi ini diadakan agar setiap kumpulan dapat menguji teknikal seperti audio dan lighting dewan pertandingan untuk kelancaran persembahan kumpulan anda pada hari pertandingan. Sessi ini akan dikedalikan oleh Saudara Rayza Mukmin dan no giliran untuk run-thru adalah sama dengan no giliran hari pertandingan. Setiap kumpulan diminta menghantar wakil teknikal anda untuk run-thru ini dan diharap datang tepat pada masanya kerana masa yang diperuntukan untuk setiap kumpulan hanya 10 minit.
Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment