Monday 19 September 2011

Sistem Penjurian

Seperti yang sedia maklum, Pertandingan Teater 10 Minit Putrajaya ini terbahagi kepada tiga volume, iaitu VOLUME 1 (September), VOLUME 2 (Oktober) dan VOLUME 3 (November). Oleh itu, sistem permakahan adalah menggunakan sistem carry-mark iaitu markah dari setiap volume akan dikumpulkan dan dikira pada VOLUME 3 dimana pemenang akan diumumkan. Namun yang demikian, sistem carry-mark ini adalah untuk anugerah Kumpulan Terbaik.

Untuk anugerah individu seperti Pengarah Terbaik, Skrip Terbaik, Pelakon Terbaik dan sebagainya, pemenang akan diumumkan pada akhir setiap volume. Ini bermakna pemenang setiap volume akan bertanding sesama sendiri untuk hadiah utama nanti. Ini membolehkan setiap kumpulan mempunyai pilihan untuk menukar pelakon, pengarah atau sebagainya pada setiap volume.

Kami juga menyediakan satu lagu anugerah iaitu Anugerah Pilihan Penonton dimana anugerah ini diberikan kepada kumpulan yang mendapat undian tertinggi daripada penonton yang hadir. Jadi setiap kumpulan digalakkan membawa seberapa ramai penyokong untuk memberikan sokongan kepada anda.

Sebarang kemusykilan boleh la meninggalkan komen atau berhubung di email kami. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment